INDIA

8H 6M INDIA

DELHI • KASHMIR • SRINAGAR GULMARG • PAHALGAM • AGRA • SONAMARG

HARI 1 : KUALA LUMPUR / DELHI (MOB)
Berkumpul di KLIA 3 jam sebelum waktu berlepas. Tiba di Delhi, disambut oleh wakil kami di sana. Peserta dibawa ke hotel penginapan untuk berehat.

HARI 2 : DELHI / KASHMIR / SRINAGAR (B,L,D)
Selepas sarapan pagi, peserta dibawa ke Delhi Airport untuk penerbangan ke Srinagar, Kashmir. Setiba di Kashmir, peserta akan dibawa ke restoran untuk makan tengahari. Mulakan lawatan ke Dal Lake untuk makan tengah hari dan solat Zuhur. Selepas itu, peserta dibawa ke Mughal Gardens (Nishat Bagh-The garden of pleasure dan Shalimar Bagh-Abode of love). Singgah di Grand Mosque and Shine Dargah Hazratbal. Selepas itu, peserta akan dibawa ke Carpet Showroom untuk pertunjukkan cara membuat karpet. Bergerak balik ke house bot dan makan malam.

HARI 3 : SRINAGAR / GULMARG (B,L,D)
Selesai sarapan pagi, peserta dibawa dengan bot kecil (shikara) mengelilingi Tasik Dal yang juga dikenali sebagai Venice versi India. Kemudian, melawat kawasan peranginan tanah tinggi Gulmarg (Meadow of flowers). Di Gulmarg, peserta boleh menikmati keindahan alam semulajadi yang tiada tolok bandingnya. Setelah itu, peserta dibawa mencuba Cable Car melalui pohonan Pine, Cedar serta Fir dengan pemandangan gunung yang memukau. Seterusnya melawat Khilanmarg dan Kongdori pada petang hari sebelum bertolak balik ke House Boat.

HARI 4 : SRINAGAR – SONAMARG – SRINAGAR (B,L,D)
Sarapan pagi di Houseboat. Check out dari Houseboat dan menaiki Shikara Ride. Kemudian perjalanan diteruskan ke Sonamarg (The Meadows of Gold), stesen bukit yang terkenal, kira-kira 90 km dari Srinagar. Peserta boleh luangkan masa di Sonamarg, dengan aktiviti menarik seperti menaiki kuda (optional) dan melawati Glasier Thajwas untuk melihat keindahan pemandangan. Makan tengah hari di restoran tempatan. Selepas itu kembali ke Srinagar dan peserta dibawa ke pasar terbuka untuk membeli-belah. Menginap dan bermalam di Srinagar.

HARI 5 : SRINAGAR – PAHALGAM (B,L,D)
Sarapan awal pagi, peserta dibawa ke Pahalgam yang juga dikenali sebagai Vale of Kashmir untuk menaiki Shikara Ride. Lawatan pertama adalah singgah Dry-Fruit Showroom untuk membeli belah dan kemudian bergerak ke Saffron Field yang merupakan tempat penghasilan rempah termahal dunia. Seterusnya peserta akan bergerak ke Apple Valley untuk aktiviti memetik epal. Selepas makan tengah hari dan solat Zuhur peserta akan dibawa ke Aru Valley untuk melihat Kolahoi Glacier. Kembali ke Srinagar dan singgah ke kedai tempatan untuk membeli kraftangan, pashmina shawls, cenderhati dan lain-lain. Bermalam di Srinagar.

HARI 6 : AGRA / DELHI (B,L,D)
Selepas sarapan, peserta mempunyai masa bebas sebelum dihantar ke Airport Srinagar untuk penerbangan ke New Delhi. Setibanya di New Delhi, peserta akan bertolak ke Agra yang mana akan mengambil masa lebih kurang 4 jam. Tiba di Agra dan makan malam.

HARI 7 : AGRA – NEW DELHI – AIRPORT (B,L,MOB)
Selepas sarapan pagi di hotel peserta akan bergerak ke Taj Mahal yang merupakan antara 7 keunikan yang ada di dunia. Selepas itu, peserta dibawa ke Marble Factory dan membeli belah. Bergerak ke New Delhi untuk penerbangan pulang ke Kuala Lumpur.

HARI 8 : KUALA LUMPUR
Tiba di Kuala Lumpur dengan seribu kenangan manis di India

  PAKEJ TERMASUK

  Makanan (BREAKFAST ONLY)
  Tiket penerbangan Kuala Lumpur - New Delhi (20KG bagasi)
  Tiket Penerbangan New Delhi - Srinagar Kashmir (15KG bagasi)
  Hotel penginapan 6 malam
  Makan HALAL sesuai aturcara
  Pengangkutan sepanjang program
  Tour Guide berpengalaman
  Tour Escort yang Kacak dari Malaysia
  Bayaran masuk tempat lawatan
  Kos Pembuatan Visa India

  TIDAK TERMASUK

  Tipping untuk driver/tour guide RM150/peserta
  Travel Insurans
  Pembelanjaan Peribadi

MUSIM BUNGA
  Penerbangan
BATIK AIRLINES

  Tarikh Berlepas

18-04-2025

  Harga Pakej

PROMO CUTI SEKOLAH     JIMAT RM 0
DEWASA
BER2 / BER3

RM 4,880

RM 4,880

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

RM 4,780

RM 4,780

KANAK2
BERKATIL

N/A

KANAK2
TANPA KATIL

N/A

STANDARD
  Penerbangan
BATIK AIRLINES

  Tarikh Berlepas

20-01-2025

25-01-2025

07-02-2025

30-04-2025

01-05-2025

29-05-2025

  Harga Pakej

PROMO CUTI SEKOLAH     JIMAT RM 0
DEWASA
BER2 / BER3

RM 5,280

RM 5,280

WARGA EMAS
> 55 TAHUN

RM 5,180

RM 5,180

KANAK2
BERKATIL

N/A

KANAK2
TANPA KATIL

N/A

Jelajah Dunia Bersama Kami!

Tourism Malaysia
YVM 2026
DUBAI
JAPAN
KOREA
TAIWAN
THAILAND
TURKEY